Bicara tentang
kita,
Aku masih tidak
kelihatan sama kamu,
Bicara tentang
kita,
Aku masih bisa sabar
menantikan kamu,
Bicara tentang
kita,
Mungkin kita
akan jua bersua.
Aku percaya Dia
tetap akan takdirkan sesuatu,
Sama ada kita
wujud atau sebaliknya,
Aku mencuba
supaya tidak ada putus harapnya,
Pabila kita
sentiasa menjadi persoalan,
Misteri yang
hanya terungkai dengan masa depan.
Kau, aku atau
kita,
Segala dihadapan
tidak dapat ku agak,
Hanya doa dan
sangkaan baik menjadi iringan,
Kerna aku bukan
menentukan seluruhnya takdir ini,
Aku berserah
kuat pada yang lebih memiliki.
Namun manusia
gesa dan melulu menurut hati,
Pemisah antara
petunjuk dan penurut adalah nipis sekali,
Aku keliru dan
selalu tidak pasti,
Mahu menurut
atau perlu lagi ditapis,
Aku tetap cuba mencari kepastian dalam diri.