Bermulalah perlaksanaan perancangan Ali untuk membunuh kenalan lamanya itu, Zaid. Zaid sememangnya kenalan lama Ali yang sering dia jumpa selepas keluar daripada penjara untuk meminta wang. Walaupun Zaid tidak sering membantu dengan memberi wang, namun Zaid sering menasihati dan memberi tempat persinggahan untuk berteduh dikala Ali cedera selepas bergaduh. Zaid juga seorang yang mengotakan janji dan kepercayaan pada Ali walaupun dia seorang banduan kerana Zaid cukup kenal ragam Ali. Meskipun hubungan Ali dan Zaid tidak sebegitu baik disebabkan persengketaan dan konflik sejak kecil, namun Zaid meletakkan batas kebenciaan kepada Ali pada sempadan yang sewajarnya.
Hampir setiap minggu Ali datang ke rumah Zaid untuk melaksanakan rancangan pembunuhannya. Namun kedatangannya disambut mesra oleh adik Zaid, Mira yang menyediakan makanan yang sedap dan meriah. Mira juga kenalan lama Ali sejak kecil. Walaupun Mira tahu hubungan abangnya dan Ali agak tegang, Mira tetap melayan Ali dengan baik kerana sikap empatinya terhadap jalan hidup Ali yang sejak kecil lagi hidup dalam keperitan miskin dan konflik keluarga. Ali cukup gembira menjamah makanan tersebut dan pada masa yang sama Ali cuba mencari jalan untuk membunuh Zaid tetapi masih belum berjaya. Seminggu kemudian Ali datang lagi ke rumah Zaid, yang lebih mengejutkan Mira telah menyediakan sebiji kek untuk Ali bersempena hari jadinya pada hari tersebut. Ali cukup terharu dan terdetik dalm hatinya perasaan tenang dan dihargai. Peluang untuk membunuh Zaid pada hari tersebut dilepaskan buat selamanya-selamanya.
Hanya hati yang tulus ikhlas dapat menyentuh hati insan lain. Maka macamana pun ekspresi perasaan kita terhadap orang di sekeliling kita, nilai kemanusiaan dan kehormatan perlu dipatri bersama agar persaudaraan tidak tergugat. Setiap manusia dimuka bumi ini Allah ciptakan mempunyai medan tersendiri untuk di beri dan mendapat kehormatan sebagai makhluk yang berakal dan berperasaan. Allah cukup pemurah memberi peluang untuk hambanya bertaubat jadi kita sebagai manusia yang setaraf semestinya perlu memberi ruang untuk insan di sekeliling kita berubah.