Hampir setiap
hari kita cermin fizikal kita di hadapan
cermin. Pantulan yang dilihat bakal dinilai sama ada cukup kemas dan indah atau
tidak. Jika ada yang tidak kemas akan disematkan. Jika ada yang tercalit comot
akan cuba untuk diperindahkan. Perlakuan ini pastinya ada bersangkut paut
dengan insan disekeliling yang memerhati kerana cermin ada kembar kepada orang
disekitar kita. Apa yang kita lihat dicermin, begitu juga sudut lensa bagi
insan dikeliling. Namun cermin hanya mampu memantulkan fizikal kita. Tidah
dapat memantulkan akhlak dan perlakuan kita yang kita sendiri tidak dapat
pertotonkan. Pernahkah kita sendiri terfikir jika ada cermin yang memantulkan
akhlak kita, apakah yang akan kita lihat? Adakah lebih mudah untuk kita
berubah? Adakah kita akan lebih sedar tentang perlakuan kita yang mungkin tidak
menyenangkan? Jika kita tiada cermin jenis ini maka kita kena mencari kembar
kepada cermin ini. Kembarnya ada sahabat yang setia ataupun ahli keluarga yang
ikhlas menegur kita. Bila ditegur tentang perlakuan kita yang tidak
menyenangkan jangan bersangka buruk. Cuba hayati dan kisarkan teguran dan
menjadikan sebagai satu platform perubahan. Akhlak orang sekeliling kita kepada
kita juga adalah cerminan bagaimana akhlak kita dengan orang orang tersebut.
Selalulah menilai diri kita bukan hanya pada fizikal kerana akhlak dan hati yang
indah adalah lebih dituntut dan membawa kedamaian yang sentiasa di cari oleh
setiap insan seperti kita.
Tuesday, 9 January 2018
Monday, 8 January 2018
Biar Tenggelam Kisah Itu
Sisa kasihku bukan untukmu,
Namun baki cintaku telahku hanyutkan,
Dalam lautan yang jauh ketengah,
Dengan harapan aku tidak ketemukan tapak tengelamnya,
Tengelam sisa hatiku yang sedalam dasar lautan biru,
Hatiku bisa dihiris sekali lagi jika dia terapung di
permukaan.
Aku jauhkan pandanganku dari lautan itu,
Agar kilasan yangku lihat tidak melukakan,
Kenangan yang ditinggalkan tida mahu aku kenang,
Kerna sudah puas aku berusaha agar pengakhirannya indah,
Namun yang takdir buatku bukan seperti yang diidamkan.
Angin yang menderu ombak membawa buihan putih,
Buih berkandung kisah semalam yang kukuburkan,
Namun buihan itu akan juga berlalu dibawa ombak,
Agar angin yang bertiup lebih kencang,
Membawa memori yang acap kali aku letih hilangkan,
Biarlah kisah ini menjadi kisah yang hilang,
Biarlah dia tidak tercatat dalam diari sejarah hidupku,
Kerna aku hanya mahu yang bermakna saja dalam ingatan,
Menjadi akar kekuatan kehidupanku yang beranting,
Biarlah patah rantingnya akhirnya kembali ke akar yang teguh
di tanah.
Subscribe to:
Posts (Atom)