Tuesday, 5 November 2013

HATI



Ya Allah kau adalah satu-satunya teman hatiku,
Kala ku duka hanya kau yang tahu titisan air mata yang mengalir,
Kala ku buntu hanya kau penunjuk arahnya,
Kala ku takut kau peneman yang setia,
Kala hatiku mendambakan kasih insan ciptaan Mu ,
Kau ku jadikan dahan gantungan hatiku ini,
Walaupun seluas  alam semesta dosaku padaMu,
Tidak sesaat pun kau meninggalkan diri ini,
Malah masih madu nikmat Kau hulurkan kerna luasnya kasih MU,
Aku insan yang berselimut dosa yang sering meninggalkan Mu dengan bongkaknya,
Kala ku alpa dengan nikmat dan istidraj dariMU,
Ya, Allah Kau Maha mengetahui ikhlasnya hati ini mencintaimu,
Kau Maha Memahami berjihadnya hati ini menempuhi segala onak duri duniaMu,
Kau berikanlah kekuatan dalam jasad dan jiwa yang Kau ciptaakan ini,
Agar di hari pertemuan nanti mampu hamba Mu ini mengadapMu,
Bersama hati yang Engkau tuntuni ini. 

Tuesday, 3 September 2013

Mutiara Kata Hari ini

Kebahagiaan

Kebahagiaan yang didambakan seluruh manusia sesungguhnya berpangkal dari dalam jiwa dan hati mereka. Maka, penderitaan yang melingkupi dan menghantui mereka sebenarnya merupakan akibat dari musibah yang melanda hati dan jiwanya. 


Imam Hasan  Al-Banna

Menyekah Derita


Aku tertanya adakalanya kita sanggup menggalas derita,
Buat insan yang kita cinta,
Namun ke manakah penghujungnya,
Jika kita sendiri tidak tamatkannya.

Malam sudah difitrahkan berkesudahan di saat mentari terbit,
Terang berubah kelam pabila mentari pergi,
Namun buat derita tiada ketetapan fitrahnya
Ia datang dan pergi berpasak pada usaha.

Ikhtiar diundang penghalau derita,
Usaha dijemput pembawa senyuman,
Menyekah gerimis dipipi dialu-alukan bersama kekuatan
Sesungguhnya deritakan pergi hanya dengan kebangkitan

Jalan yang panjang masih perlu dititi,
Tembok yang tebal masih banyak dirempuh,
Dengan ar-Rahim yang Esa kau akan ditemani dengan madu kehidupan,
Selagi kau bertemankan kepercayaan padaNya

Derita juga dikenali dengan namanya dugaan,
Ujian Allah bagi yang mereka yang disayangi,
Haruslah bersyukur dan berikhtiar,
Agar terbukti iman yang sering kali dititipkan dibibir.

Sunday, 1 September 2013

Let's Kongsi Hadis

Hadis 2 

Jangan Marah

Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata, " Berilah saya nasihat." Nabi Muhammad menjawab , " Jangan marah. " Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali. Nabi Muhammad tetap menjawab, " Jangan Marah" 

Hadis direkodkan oleh Bukhari 


Penghayatan hadis 

Mengawal marah adalah ciri orang beriman. Memarahi adalah lumrah hidup namun tahap kemarahan  perlulah dikawal supaya apabila kita tidak kesal dengan kata- kata yang telah kita luahkan ketika marah. Jauhilah marah sesungguhnya marah itu sifat yang diraikan syaitan. Berwuduk mampu meredakan marah. Insyallah. Jangan marah- marah. 

Saturday, 31 August 2013

Seperti kiasan lagu Cinta Dogeng oleh Stacy AF,

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

tu dia..


Syukur Alhamdulillah, kita dilahirkan cukup dari segi fizikal mahupun mental. Segala yang ditakdirkan kepada diri kita bukan dalam kawalan kita namun kita adakalanya lupa yang kita tidak berkuasa  menentukan takdir yang Allah berikan. Namun ada segelintir daripada kita di muka bumi ini dikurniakan Allah serba tidak lengkap dari segi pelbagai keadaan. Ada yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau anggota, ada jua yang bermasalah dari segi pembelajaran, sosial mahupun mental. Ada juga kekurangan yang dikurniakan Allah sejak lahir ddan ada juga dugaan kekurangan atau kesakitan  yang Allah beri dipertengahan  kehidupan kita sebagai hambanya yang pasti lebih meruntunkan hati. Segalanya tidak pernah kita duga dan rancang. Namun apa yang telah ditetapkan olehnya akan tetap berlaku dan sudah sangat pasti bahawa semua kekurangan ini tidak dipinta oleh mereka ataupun salah seorang pun daripada kita tetapi cabaran ini tetap diturunkan oleh Allah untuk kita jika telah ditakdirkan. Mungkin bagi mereka yang dilahirkan sempurna dan bersama semua ahli keluarga yang juga sempurna mengaggap kekurangan atau kelainan orang lain bukan dugaan atau hal dalam hidup kita. Namun jika dilihat dengan pandangan yang halus, kekurangan dan kelainan insan yang diciptakan Allah adalah sebenarnya dugaan dan tanggungjawab kita semua yang lengkap dan sempurna ini yang diciptakan Allah. Dugaan bagi kita yang lengkap ini untuk bertanggungjawab menyelami dan memahami kesukaran mereka, mendidik dan menjaga aktiviti kehidupan, mengingatkan Allah, memberi motivasi, membawa harapan untuk hari-hari akan datang, melimpahkan kasih sayang,  dan jua supaya menjadi teladan dan peringatan buat kita untuk mensyukuri setiap nikmat dan kurnia yang Allah berikan. Kelainan atau kesakitan yang dihadapi insan-insan ini tidak menafikan perasaan mereka. Mereka jua seperti kita yang sempurna, ingin hidup bahagia, aktif dan penuh dengan impian yang akan dilaksanakan di masa hadapan. Tetapi bagi segelintir daripada mereka, harapan ini semua adalah hanya mimpi. Kebatasan tubuh badan ataupun jangkaan umur yang pendek memberi bayangan pada mereka impian yang ingin digapai sangat-sangat jauh. Senyuman yang terukir dibibir mereka adalah selimut bagi kesedihan yang dirahsiakan. Rahsia kesedihan yang mampu memberi kesedihan pada orang yang mereka sayangi. Jika mereka yang serba kekurangan mampu membawa secebis bahagia kepada insan yang mereka sayangi dan kenapa tidak kita yang serba lengkap ini mencuba membawa walaupun secangkir sinar harapan  buat mereka untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Itulah tanggungjawab kita iaitu saling melengakapi dan membantu. Yang pasti Allah menduga kita yang sempurna untuk menghayati kepayahan dan kesukaran insan lain agar kita akan sentiasa mengingati dan mensyukuri pemberiannya-Nya dan berbakti di muka bumi ini. Insyallah

sesungguhnya jerebu jua ada hikmahnya

Kita senantiasa memikirkan jerebu yang sudah pastinya ketentuan Allah itu sebagai sesuatu yang negatif dan senantiasa membawa keburukan dari segi kesihatan buat kita. Tapi sesungguhnya setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Ini adalah kenyataan ikhlas dari seorang hamba Allah yang ikhlas menerima ketentuan Allah iaitu kejadiaan jerebu. Tidak menafikan jerebu adalah sesuatu kejadiaan yang tidak baik, memberi efek buruk pada pernafasan dan penglihatan. tetapi redhannya hati seorang hamba menyatakan jerebu ini menghalang cahaya panas teriknya matahari yang memancar padanya tika matahari tegak di atas kepala di siang hari. Ini menjadi bumbung maya baginya daripada panasnya matahari ketika mencari rezeki buat keluarga. Alhamdulillah dalam setiap dugaan yang Allah berikan ada pintu pertolongannya. Bencana alam atau dugaan yang Allah berikan jua adakalanya adalah peringatan buat kita supaya tidak kufur nikmat dan sentiasa menjaga nikmat yang telah Allah berikan.  Wallahualam...
menegakkan agama melalui hadis Rasulullah... Jom beb..

hadis 1

Ikhlas kerana Allah

Umar bin Khattab melaporkan, "Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, "Amalan seseorang ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebab, orang yang berhijrah  kerana Allah dan Rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendk mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannya semasa dia berhijrah."


Penghayatan dari Hadis...

sebelum kita hendak melakukan sesuatu, tanya kepada diri kita kenapa kita ingin melakukan perkara tersebut. dan pastikan setiap apa yang ingin kita lakukan adalah perkara yang dibenarkan oleh Allah. sesungguhnya keredhaan Allah itu adalah tunjang kehidupan kita. Tinggalkanlah perkara yang dibenci Allah. Letakkah Allah setiasa dalam akal dan hati ketika melaksanakan setiap perbuatan. berusaha melakukan setiap suruhan Allah, walaupun sebahagian amalan hukumnya harus, tetapi jika diniatkan hanya kerana Allah, insyaallah pahala ganjarannya. Selamat beramal..