Assalamualaikum,
Cerpen yang mudah, ringan dan konflik yang kurang kompleks sesuai untuk semua warga manusia yang dikurniakan hati, perasaan dan akal untuk bersangka.
Cuti menjelang tiba, Marisa yang makan gaji di kota besar membuat satu keputusan yang mulia apabila dia berniat untuk pulang ke kampung halamannya yang jauh di desa. Gembira hatinya tiada terkata walaupun dia tahu perjalanannya akan mengambil masa yang agak lama, tetapi keterujaan untuk melihat wajah dan bermanja dengan kedua orang tuanya telah melenyapkan segala kegelisahan dan kepenatan yang dia tahu dia akan hadapi.
Menuju ke stesen bas sejurus setelah habis kerja, Marisa meninjau kawasan persekitaran stesen bas tersebut untuk mencari sebarang kedai menjual makanan yang boleh dia singgah untuk beli makanan sebagai alas perut sebelum naik bas.
" Bau pisang goreng, mmmm... sedap ni" bisik hati Marisa.
" Makcik bagi saya pisang goreng 2 ringgit" minta Marisa pada mak cik tua yang sedang termenung menunggu pelanggannya.
" 2 ringgit nak, ambiklah lebih sikit panas lagi ni, sedap. boleh kongsi dengan kawan-kawan." Ramah mak cik goreng pisang tersebut berbicara.
" Tak apalah mak cik, saya seorang je ni. Nak makan sikit sementara tunggu naik bas" Balas Marisa.
" Alhamdulillah, anak muda sekarang tidak lupa balik kampung." kata mak cik tersebut sambil menghulurkan seplastik goreng pisang kepada Marlisa.
Selesai membayar Marisa mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan satu ukiran senyuman buat mak cik tersebut.
Jarum jam ditangan Marisa menunjukkan masa masih awal. Bas untuk dinaiki juga belum tiba. Marisa melepaskan lelah dia disebuah perhentian bas yang berdekatan. Dilabuhkan punggungnya di bahagian tengah tempat duduk panjang yang disediakan di perhentian tersebut. Tidak lama kemudian seorang lelaki berpakaian sempoi memakai seluar jeans dan t-shirt melintas dihadapan Marisa dan lalu terus duduk disebelahnya. Jarak di antara Marisa dan lelaki tersebut hanyalah sehasta.
" Kenapa mamat ni duduk rapat-rapat dengan aku. Duduk jauh sikit tak boleh ke?" desir hati Marisa.
Marisa akhirnya membuat keputusan untuk buat selamba dan buat tidak tahu pada lelaki tersebut.
" Selagi dia tidak buat pelik-pelik aku kena steady je. Lagipun ramai orang kat sini " suara hati Marisa. Dengan perut yang lapar, Marisa segera mencapai goreng pisang yang berada di dalam plastik yang terletak diantara dia dan lelaki tersebut. Di ambil satu goreng pisang dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
" Wah, sedap jugak goreng pisang mak cik ni. Manis dan rangup." riang hati Marisa sambil menguyah hancur makanan dalam mulutnya.
Sedang enak makan, anak mata Marisa tertarik pada satu pergerakan aneh yang datang daripada lelaki di sebelahnya.
Sambil berkerut namun berpura-pura tidak melihat lelaki disebelahnya Marisa bermanalog " Apa lelaki ni buat? kenapa dia ambik goreng pisang aku? Tak minta pulak tu. Ni aku belilah. Kenapa boleh buat suka hati je. Macam pencuri. "
Goreng pisang yang tadi manis dan rangup dalam mulut Marisa kini seakan menjadi kelat dan lembik selepas menonton perbuatan lelaki tersebut mengambil sebiji goreng pisang dari dalam plastik tersebut. Marisa hanya berdiam diri, namun hatinya bagai nak membuak kemarahan. Pada Marisa itu adalah satu tindakan yang tidak sopan. Namun dalam dirinya masih ada kesabaran jadi mengambil keputusan untuk menutup mata atas tindakan lelaki tersebut.
Tetapi tidak sampai 5 minit berlalu, sekali lagi lelaki itu memanjangkan tangan dan mencapai satu lagi pisang goreng. Kali ini lelaki itu sempat menghalakan mukanya pada Marisa lalu mengangkat sebelah keningnya sambil mengucapkan "makan". Marisa yang terpandang wajah lelaki itu hanya membuat muka tegas.
"Wah melampau gila lelaki ni. Makan aku punya makanan tanpa izin buat macam dia punya. Adakan manusia macam ni. Sabar je aku. Nasib baik aku dah makan laju-laju. Dapat aku makan banyak daripada dia. "
Dalam detik kemarahan menyelubungi Marisa, bas yang perlu dinaiknya tiba di stesen. Tanpa melengahkan masa lagi, Marisa sepantas kilat mendekati bas dan menyelesaikan urusan tiketnya supaya dapat menaiki bas tersebut dengan cepat.
" Akhirnya, dapat aku jarakkan diri dari lelaki pelik tak beradap tu" hela Marisa sebaik selesai menghenyakkan punggungnya di atas sofa bas.
Sejurus sahaja selepas bas bergerak dari stesen, Marisa segera mencapai dan membuka beg sandangnya untuk mengambil 'headphone' dengan niat untuk mendegar radio sebagai penemannya dalam perjalanan yang panjang ke desa. Namun apabila dibuka beg, mata dia terbeliak dan Marisa hampir menjerit " Goreng pisang siapa ni??".
Dilihat dalam begnya ada seplastik goreng pisang yang tidak bersentuh lagi. Jantungnya bagai terhenti sedetik terhenti melihat pisang goreng yang dibeli masih diikat kemas dalam plastik ada dalam begnya. Berpinar-pinar akal Marisa memikirkan perkara yang berlaku sebenarnya.
"Aku makan goreng pisang siapa?"
hah .. pada pendapat anda apa yang berlaku sebenarnya? Pengajarannya?
Wednesday, 25 November 2015
Friday, 24 April 2015
KESEMPURNAAN
Kesempurnaan
Segala ciptaan Allah di muka bumi,
Sudahnya penciptaan yang sempurna,
Sempurnna bukan bererti lengkap fizikal,
Sempurna tidak bermaksud senantiasa bijak bestari,
Namun itu adalah takdir yang mampu membawa ciptaannya kepada syurga,
Yang pastinya tempat sempurna buat seluruh ciptaan yang layak.
Setiap insan pastinya diciptakan berbeza,
Ada yang bijak ada juga yang lembam,
Ada yang berjalan, ada juga yang hanya mampu mengensot,
Ada yang lauknya ayam tapi ada juga yang hanya menjamah nasi bersama garam,
Pastinya tanda soal keluar dari akal ciptaanNya,
Memikirkan inikah kesempurnaan bagi setiap penciptaan?
Mata zahir pasti menghalakan akal pada ketidaksempurnaan,
Namun mata hati membawa roh dan jasad kepada kesempurnaan dari Dia yang abadi,
Ujian yang bertandang sudah pasti hanya sempurna bagi yang menghadapi,
Kejayaan jua hanya layak untuk ciptaan yang sempurna usahanya,
Kesempurnaan hadir bersama keadilan,
Kesempurnaan juga mirip bentuk dugaan,
Kesempurnaan adakala menjadi istidraj,
Dan kesempurnaan itu adalah kelayakan asas setiap ciptaan,
Untuk menghuni sebuah taman yang nan sempurna,
Yang kekal abadi kesempurnaan ciptaanya di sana.
Rupa-rupanya kesempurnaan itu adalah satu pilihan,
Bukan Dia memilih siapa yang dicipta dengan kesempurnaan,
Namun pilihan buat ciptaan untuk mengistiqamahkan kurniaann kesempurnaan dunia hingga ke Jannah,
Atau kesempurnaan yang dikurnia membawa kepada kerugian bukan sahaja di dunia tapi juga diakhirat,
Pilihan kesempurnaan layaknya bukan hanya ditangan anda,
Namun layaknya pilihan hati anda.
Friday, 17 October 2014
Wahai Penghibur
Wahai penghibur
,
Umpama awan
berderai menjadi hujan tak beratap
Bagaikan mentari
menyinar tiada dinding sempadan,
Bak tiupan
angin yang tiada pohon penghalang,
Itulah resam alam
yang gah dengan kemurahan,
Oleh
penciptaNya yang Maha Pemurah
Maka jangan
dilupakan kau jua ciptaanNya,
Yang dihadiahi dengan
hati mulia,
Tiada setitis
air kering biarpun dikau hampar selautan kasih buat insan
Tiada setitik
gelap biarpun dikau nyalakan unggun harapan buat yang tersayang
Tiada sesaat
pun nafasmu sesak biarpun dikau layangkan sejuta senyuman,
Kerana hatimu
umpama taman wadah mekarnya bungaan berbau ikhlas dan semangat
Andaikata,
Langitmu
ketandusan gumpalan awan kasih,
Mentarimu
gelincir membawa malap harapan ,
Udara bertiup
angin kepiluan,
Kau,
Harus berlari
menuju ke gerbang pelangi,
Kerana yang
pasti ia tiada paksi di muka bumi,
Untuk engkau
tembusi dan berhenti,
Namun saat kau
terus mendongak dan melangkah ke destinasi ,
Kau sudah pasti
sentiasa ditemani rencah ceria pelangi ciptaan Illahi,
Walaupun kakimu
memijak tanah dan duri,
Kerana kau akan
mula mengerti,
Dunia ini
adalah kembar pelangi,
Berwarna-warni
dan sementara pasti,
Penghujung
hanyalah bertemu Illahi.
Potongan sajak dari novel " Mata Hati"
Friday, 26 September 2014
"Kesian dia kudung." " Orang gila, kau pergi jauh-jauh!"
Satu suasana di pasar malam.
" Kau nak makan apa? banyak makanan ni."
" Tak tahulah. Tengok-tengoklah apa yang sedap"
" Hmmmm... Wei, tengok abang tu! Muda-muda lagi kaki dah tak ada. Kudung. Kesian aku tengok. Derma sikit pada abang tu."
" Yelah. bagilah semampu kita'"
" Terima kasih adik berdua"
"Sama-sama"
" Senyum abang tu kita tolong dia. Dah kau nak makan apa ni?"
" Ahhhhhhhh, pergi jauh-jauh! jangan datang dekat dengan aku"
" Kau ni buat aku terkejut. tiba-tiba menjerit"
" Orang gila tu tiba-tiba ada sebelah aku. Terkejutlah aku. Sial betul. nasib baik aku tak pukul."
" Kenapa sampai macam tu. Kau yang lalu sebelah dia. Kau yang tak sedar. Terperanjat sendiri lepas tu marah pak cik tu pula."
" Biarlah. Dahlah gila. geram aku."
Cubakan layarkan fikiran, cari apakah PERSAMAAN antara Pak Cik gila dan Abang kudung? Apakah PERBEZAAN antara Pak Cik gila dan Abang kudung? Yang boleh menyebabkan layanan dan keprihatinan yang diberi oleh orang sekeliling berbeza-beza. Kenapa?
Berbalik semula kepada kes Abang kudung dan Pak Cik gila, mereka berdua ternyata adalah Orang Kurang Upaya(OKU). Abang kudung adalah OKU dari segi fizikal dan Pak Cik kudung adalah OKU dari segi mental. Dalam separa sedar, masyarakat telah melabelkan individu yang cacat dari segi fizikal sebagai OKU dan individu yang mempunyai gangguan mental sebagai GILA sedangkan mereka berdua adalah sama-sama OKU. Adilkah perlabelan ini?
" Panggilan je pun. Bukan apa-apa. Tak mati pun orang gila tu pun aku panggil dia GILA."
Hanya kematian sahajakah impak buruk dalam kehidupan ini? Dihinaan, kebuluran dan hidup di jalanan bukan sesuatu yang menyedihkan?
Sepastinya perkara yang remeh seperti panggilan atau perlabelan ini membawa impak kepada golongan yang di tuju. Label "gila" yang di beri oleh masyarakat kepada OKU mental telah menjadi titik pembina satu persepsi bahawa OKU mental adalah mereka yang berbahaya, jangan cuba didekati dan mempunyai masa silam yang berlunmur dosa. Gila adalah balasan kepada semua dosa-dosanya. Persepsi ini mendorong pada kelakuan masyarakat yang menjauhi OKU mental dan ada juga yang menghina mereka tanpa sebarang sebab yang kukuh. Hanya dengan alasan orang gila jahat sebab boleh bahayakan orang sekeliling. Tidak dinafikan antara simptom masalah mental adalah kecenderungan mencederakan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Namun bukan setiap saat warga OKU akan mencederakan dirinya dan orang sekeliling. Episod begini ini acap kali berlaku hanya ketika tahap kemuncak simptom dan akan semakin berkurang.
Bukan mengharapkan masyarakat sekeliling berkawan rapat dengan OKU mental, biarlah rawatan dan intervensi bagi OKU mental ini diberi oleh mereka yang professional kerana ini lebih efektif dan selamat. Masyarakat hanya diharapkan menunjukkan rasa hormat dan jika logiknya memghulurkan empati, simpati dan keprihatian seperti mana yang diberikan kepada OKU fizikal kerana mereka juga OKU dan bukan orang 'gila' semata-mata. Tidak adil untuk membandingkan keperitan siapa yang lebih antara OKU fizikal dan mental kerana tahap kesukaran adalah sangat bersifat individu. Tetapi tidak salah untuk menyatakan masalah gangguan mental adalah sesuatu yang menyedihkan dan mengecewakan untuk OKU sendiri dan juga famili mereka. Mereka bukan hilang kemampuan untuk mengawal pemikiran mereka sendiri tetapi juga bagaikan menjadi seorang individu yang lain.
" Mak cik Zainab kerja dirumah sejak kami pindah 3 tahun lepas. Dia yang jaga minum, makan kami sekeluarga selepas kematian ibu. Makcik Zainab adalah seperti ibu angkat aku. Dialah yang sentiasa ada saat aku sedih, gembira dan sakit. Walaupun ayah dan adik-adik tidak menghiraukan mak cik Zainab tapi dia masih setia bersama kami sekeluarga sebab ingin teman aku."
" Lisa, Mak Cik Zainab adalah satu individu yang hanya wujud dalam fikiran kamu. Otak kamu telah mencipta satu individu untuk mengisi kesunyian yang kamu selepas pemergian ibu kamu. Dalam dunia realiti ni, Mak Cik Zainab tak wujud. Segalanya hanya dalam fikiran awak. "
" Tak benar. Mak Cik Zainab wujud. Dia ada bersama saya, sentiasa. Sentiasa"
Seperti sebuah peperangan antara halusianasi dan realiti, dan akhirnya halusinasi yang menang. Begitulah antara simptom yang OKU mental hadapi. Situasi yang sangat sukar untuk mereka hadapi apabila individu yang selama ini bersama mereka yang sangat nyata bagi mereka dikatakan oleh orang lain sebagai hanya satu halusinasi. Sudah pastinya sukar untuk percaya kenyataan kerana memmbenarkan kenyataan bermaksud menafikan kepercayaan pada diri sendiri dan meletakkan kepercayaan pada mereka yang selama ini tidak dikenali seperti ahli psikologi atau psikiatrik. Sedangkan padanya halusinasinya itulah yang paling rapat dan disayangi oleh dirinya. Mempercayai realiti bagaikan membunuh orang yang disayangi dengan tangannya sendiri. Sungguh berat pergolakan emosi yang perlu dialami. Disinilah keperluan OKU mental untuk mendapat sokongan dari famili dan masyarakat sekitar supaya OKU mental dapat melepaskan halusinasinya kerana mengetahui insan-insan disekelilingnya ada untuk bersamanya dalam kehidupan ini dan bukan halusinasi tersebut.
Setiap insan mempunyai kemungkinan untuk mendapat gangguan mental. Bagaikan suis lampu, jika terpetik ia akan menyala. Semudah itulah untuk seoramg individu mendapat gangguan mental kerana kita semua sebenarnya hidup dengan simptom ringan gangguan mental. Perbezaannya hanya simptom tersebut tidak lagi sampai tahap yang menganggu hidup harian, emosi dan keselamatan kita.Tidak perlulah kita melayan OKU mental seolah-olah kita ini kebal daripada mendapat gangguan mental. Sekurang-kurangnya sebagai masyarakat, kita boleh menunjukkan hormat dan kemanusiaan pada OKU mental. Beri senyuman pada mereka. Ucapan sejahtera pada mereka. Bagi yang bekerja sebagai majikan, cuba buka peluang untuk mereka bekerja dibawah pengawasan pasukan kesihatan. Paling mudah, banyakkan pembacaan tentang masalah gangguan mental supaya kita lebih memahami dan dapat lebih membantu.
Walaupun sesuatu kesukaran atau kekurangan itu tidak mampu dilihat dek mata kasar namun tidak semestinya ia tidak wujud. Tidak berjasad tidak memberi indikasi tidak wujud. Kepercayaan terhadap kewujudan unsur yang tidak berjasad memerlukan mata hati. Lumrah manusia zaman sekarang, lebih percaya pada sesuatu yang berjasad, yang boleh dilihat mata kasar dan dipegang dengan tangan. Sering mempertikaikan sesuatu yang ghaib dan yang hanya bersandarkan teori. Mungkin ini juga punca insan sekarang lebih mengagungkan perasaan cintanya pada makluk lain yang berjasad daripada Allah yang Maha berkuasa. Kerana kepercayaan yang kuat pada yang perkara ghaib memerlukan iman dan aqidah yang lurus pada jalanNya.
" Kau nak makan apa? banyak makanan ni."
" Tak tahulah. Tengok-tengoklah apa yang sedap"
" Hmmmm... Wei, tengok abang tu! Muda-muda lagi kaki dah tak ada. Kudung. Kesian aku tengok. Derma sikit pada abang tu."
" Yelah. bagilah semampu kita'"
" Terima kasih adik berdua"
"Sama-sama"
" Senyum abang tu kita tolong dia. Dah kau nak makan apa ni?"
" Ahhhhhhhh, pergi jauh-jauh! jangan datang dekat dengan aku"
" Kau ni buat aku terkejut. tiba-tiba menjerit"
" Orang gila tu tiba-tiba ada sebelah aku. Terkejutlah aku. Sial betul. nasib baik aku tak pukul."
" Kenapa sampai macam tu. Kau yang lalu sebelah dia. Kau yang tak sedar. Terperanjat sendiri lepas tu marah pak cik tu pula."
" Biarlah. Dahlah gila. geram aku."
Cubakan layarkan fikiran, cari apakah PERSAMAAN antara Pak Cik gila dan Abang kudung? Apakah PERBEZAAN antara Pak Cik gila dan Abang kudung? Yang boleh menyebabkan layanan dan keprihatinan yang diberi oleh orang sekeliling berbeza-beza. Kenapa?
Berbalik semula kepada kes Abang kudung dan Pak Cik gila, mereka berdua ternyata adalah Orang Kurang Upaya(OKU). Abang kudung adalah OKU dari segi fizikal dan Pak Cik kudung adalah OKU dari segi mental. Dalam separa sedar, masyarakat telah melabelkan individu yang cacat dari segi fizikal sebagai OKU dan individu yang mempunyai gangguan mental sebagai GILA sedangkan mereka berdua adalah sama-sama OKU. Adilkah perlabelan ini?
" Panggilan je pun. Bukan apa-apa. Tak mati pun orang gila tu pun aku panggil dia GILA."
Hanya kematian sahajakah impak buruk dalam kehidupan ini? Dihinaan, kebuluran dan hidup di jalanan bukan sesuatu yang menyedihkan?
Bukan mengharapkan masyarakat sekeliling berkawan rapat dengan OKU mental, biarlah rawatan dan intervensi bagi OKU mental ini diberi oleh mereka yang professional kerana ini lebih efektif dan selamat. Masyarakat hanya diharapkan menunjukkan rasa hormat dan jika logiknya memghulurkan empati, simpati dan keprihatian seperti mana yang diberikan kepada OKU fizikal kerana mereka juga OKU dan bukan orang 'gila' semata-mata. Tidak adil untuk membandingkan keperitan siapa yang lebih antara OKU fizikal dan mental kerana tahap kesukaran adalah sangat bersifat individu. Tetapi tidak salah untuk menyatakan masalah gangguan mental adalah sesuatu yang menyedihkan dan mengecewakan untuk OKU sendiri dan juga famili mereka. Mereka bukan hilang kemampuan untuk mengawal pemikiran mereka sendiri tetapi juga bagaikan menjadi seorang individu yang lain.
" Mak cik Zainab kerja dirumah sejak kami pindah 3 tahun lepas. Dia yang jaga minum, makan kami sekeluarga selepas kematian ibu. Makcik Zainab adalah seperti ibu angkat aku. Dialah yang sentiasa ada saat aku sedih, gembira dan sakit. Walaupun ayah dan adik-adik tidak menghiraukan mak cik Zainab tapi dia masih setia bersama kami sekeluarga sebab ingin teman aku."
" Lisa, Mak Cik Zainab adalah satu individu yang hanya wujud dalam fikiran kamu. Otak kamu telah mencipta satu individu untuk mengisi kesunyian yang kamu selepas pemergian ibu kamu. Dalam dunia realiti ni, Mak Cik Zainab tak wujud. Segalanya hanya dalam fikiran awak. "
" Tak benar. Mak Cik Zainab wujud. Dia ada bersama saya, sentiasa. Sentiasa"
Setiap insan mempunyai kemungkinan untuk mendapat gangguan mental. Bagaikan suis lampu, jika terpetik ia akan menyala. Semudah itulah untuk seoramg individu mendapat gangguan mental kerana kita semua sebenarnya hidup dengan simptom ringan gangguan mental. Perbezaannya hanya simptom tersebut tidak lagi sampai tahap yang menganggu hidup harian, emosi dan keselamatan kita.Tidak perlulah kita melayan OKU mental seolah-olah kita ini kebal daripada mendapat gangguan mental. Sekurang-kurangnya sebagai masyarakat, kita boleh menunjukkan hormat dan kemanusiaan pada OKU mental. Beri senyuman pada mereka. Ucapan sejahtera pada mereka. Bagi yang bekerja sebagai majikan, cuba buka peluang untuk mereka bekerja dibawah pengawasan pasukan kesihatan. Paling mudah, banyakkan pembacaan tentang masalah gangguan mental supaya kita lebih memahami dan dapat lebih membantu.
Walaupun sesuatu kesukaran atau kekurangan itu tidak mampu dilihat dek mata kasar namun tidak semestinya ia tidak wujud. Tidak berjasad tidak memberi indikasi tidak wujud. Kepercayaan terhadap kewujudan unsur yang tidak berjasad memerlukan mata hati. Lumrah manusia zaman sekarang, lebih percaya pada sesuatu yang berjasad, yang boleh dilihat mata kasar dan dipegang dengan tangan. Sering mempertikaikan sesuatu yang ghaib dan yang hanya bersandarkan teori. Mungkin ini juga punca insan sekarang lebih mengagungkan perasaan cintanya pada makluk lain yang berjasad daripada Allah yang Maha berkuasa. Kerana kepercayaan yang kuat pada yang perkara ghaib memerlukan iman dan aqidah yang lurus pada jalanNya.
Monday, 31 March 2014
Aku Yang Buat Dia Jadi Macam tu? Mungkin ke?
Mungkin cerita ini bukan kisah benar tapi jalan cerita ini cukup logik dan menyentuh hati untuk membuat insan berfikir semula tentang kelakuan dan layanan yang kita berikan kepada orang sekeliling kita sebenarnya mampu membolak-balikkan hati insan tersebut malah mampu mengubah jalan cerita insan itu jua. Walaupun segala yang berlaku bukan terletak dalam paksi kawalan kita seratus peratus sebagai manusia, namun Allah memberi peratusan terrtentu untuk kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan juga perasaan untuk membuat keputusan dalam kehidupan ini. Allah juga kurniakan kita hidup dalam kelompok dan juga kemasyarakatan kerana kita di fitrahkan untuk saling membantu dan bersama dan dijadikan pula ujian dalam hubungan berkelompok ini. Tingginya nilah sebuah persaudaraan antara insan adalah apabila insan tersebut mendahulukan saudaranya sebelum dirinya sendiri. Bertapa tingginya harga sebuah persaudaraan.
Ali seorang banduan yang bebas selepas tamat hukuman atas jenayah yang telah dilakukan. Farah, adik kepada Ali, seorang yang mewah dan berpangkat selepas mengahwini seorang hartawan. Selepas dilepaskan, Ali masih terlibat dengan perkara yang tidak bermoral seperti berjudi, memukul orang dan juga mengugut adiknya sendiri. Farah cukup rimas dan rasa tidak selamat dengan ugutan abangnya kerana dia sememangnya mempunyai masa lampau yang hitam dan kotor. Sehingga satu masa, Farah berfikir untuk menggunakan abangnya untuk melakukan satu pembunuhan. Farah ingin mengupah abangnya untuk membunuh seorang kenalan mereka sejak kecil yang mengetahui semua kisah hitam Farah. Farah menawarkan sebuah rumah banglo kepada abangnya sebagai ganjaran. Ali tanpa ragu-ragu menerima tawaran tersebut kerana harta dan wang ringgit menjadi tujuan utama dirinya.
Bermulalah perlaksanaan perancangan Ali untuk membunuh kenalan lamanya itu, Zaid. Zaid sememangnya kenalan lama Ali yang sering dia jumpa selepas keluar daripada penjara untuk meminta wang. Walaupun Zaid tidak sering membantu dengan memberi wang, namun Zaid sering menasihati dan memberi tempat persinggahan untuk berteduh dikala Ali cedera selepas bergaduh. Zaid juga seorang yang mengotakan janji dan kepercayaan pada Ali walaupun dia seorang banduan kerana Zaid cukup kenal ragam Ali. Meskipun hubungan Ali dan Zaid tidak sebegitu baik disebabkan persengketaan dan konflik sejak kecil, namun Zaid meletakkan batas kebenciaan kepada Ali pada sempadan yang sewajarnya.
Hampir setiap minggu Ali datang ke rumah Zaid untuk melaksanakan rancangan pembunuhannya. Namun kedatangannya disambut mesra oleh adik Zaid, Mira yang menyediakan makanan yang sedap dan meriah. Mira juga kenalan lama Ali sejak kecil. Walaupun Mira tahu hubungan abangnya dan Ali agak tegang, Mira tetap melayan Ali dengan baik kerana sikap empatinya terhadap jalan hidup Ali yang sejak kecil lagi hidup dalam keperitan miskin dan konflik keluarga. Ali cukup gembira menjamah makanan tersebut dan pada masa yang sama Ali cuba mencari jalan untuk membunuh Zaid tetapi masih belum berjaya. Seminggu kemudian Ali datang lagi ke rumah Zaid, yang lebih mengejutkan Mira telah menyediakan sebiji kek untuk Ali bersempena hari jadinya pada hari tersebut. Ali cukup terharu dan terdetik dalm hatinya perasaan tenang dan dihargai. Peluang untuk membunuh Zaid pada hari tersebut dilepaskan buat selamanya-selamanya.
Dia berjumpa kembali berjumpa dengan Farah dan menyatakan dia telah membatalkan niatnya untuk membunuh Zaid. Atas alasan dia dapat merasakan adik beradik tersebut, Ali dan Mira adalah hanya dua insan di dunia ini yang melayan dirinya sebagai manusia. Ali tertanya bagaimana dia mampu membunuh abang kepada insan yang cukup ikhlas menyediakan makanan untuk dirinya dikala dia datang ke rumah dengan niat membunuh. Hati Ali juga terdetik dia tidak mungkin dapat membunuh seorang insan yang tetap memberi perlindungan dan bantuan kepadanya di waktu kesusahan walaupun hubungan mereka tegang. Ali sanggup menggadaikan tawaran bernilai jutaan ringgit hanya kerana secebis penghargaan dan kemanusiaan yang diberi insan lain kepada dirinya. Adalah perasaan yang tidak pernah dirinya peroleh dan dirasai lebih bernilai dari wang ringgit dan harta.
Dalam benak hati Ali muncul perasaan sayu dan dia dapat merasakan jika dari dulu insan disekeliling dia melayan dirinya sebagai seorang yang ada nilai untuk dihargai dan dihormati sebagai seorang manusia seperti yang dilakukan 2 beradik tersebut dia mungkin tidak terjunam dalm dunia yang penuh dosa dan duri ini. Teringat kembali saat dia masih remaja selepas dirinya dilepaskan daripada pusat tahanan juvana, Ali sangat rindu satu-satunya adiknya, Farah. Oleh itu, Ali menapak ke sekolah Farah untuk berjumpa adiknya. Setibanya di sana, kelihatan Farah bersama rakan-rakannya keluar dari pagar sekolah sambil memegang aiskrim. Dengan perasaan gembira, Ali menerjah adiknya sambil meminta sedikit aiskrim tersebut. Namun kehadiran Ali itu disambut dingain oleh Farah, malah aiskrim tersebut dibuang ke tanah dan di suruh abangnya makan aiskrim tersebut jika mahu sangat. Walaupun peristiwa itu telah lama berlalu dan hanya beberapa detik saat sahaja tetapi inilah peristiwa terukir parut dalam ingatan dan hati Ali dan salah satu pemangkin kepada kejahatan Ali yang berpanjangan sehingga zaman dewasanya. Meskipun dengan niat yang baik, Ali tetap dianggap jahat dan hina oleh adiknya yang telah membantutkan segala putik-putik keinsafan dan kebaikan dalam dirinya malah segalanya telah digantikan dengan kekecewaan dan kemarahan yang menjerumuskan dirinya dalam dunia tidak bermoral.
Hanya hati yang tulus ikhlas dapat menyentuh hati insan lain. Maka macamana pun ekspresi perasaan kita terhadap orang di sekeliling kita, nilai kemanusiaan dan kehormatan perlu dipatri bersama agar persaudaraan tidak tergugat. Setiap manusia dimuka bumi ini Allah ciptakan mempunyai medan tersendiri untuk di beri dan mendapat kehormatan sebagai makhluk yang berakal dan berperasaan. Allah cukup pemurah memberi peluang untuk hambanya bertaubat jadi kita sebagai manusia yang setaraf semestinya perlu memberi ruang untuk insan di sekeliling kita berubah.
Bermulalah perlaksanaan perancangan Ali untuk membunuh kenalan lamanya itu, Zaid. Zaid sememangnya kenalan lama Ali yang sering dia jumpa selepas keluar daripada penjara untuk meminta wang. Walaupun Zaid tidak sering membantu dengan memberi wang, namun Zaid sering menasihati dan memberi tempat persinggahan untuk berteduh dikala Ali cedera selepas bergaduh. Zaid juga seorang yang mengotakan janji dan kepercayaan pada Ali walaupun dia seorang banduan kerana Zaid cukup kenal ragam Ali. Meskipun hubungan Ali dan Zaid tidak sebegitu baik disebabkan persengketaan dan konflik sejak kecil, namun Zaid meletakkan batas kebenciaan kepada Ali pada sempadan yang sewajarnya.
Hampir setiap minggu Ali datang ke rumah Zaid untuk melaksanakan rancangan pembunuhannya. Namun kedatangannya disambut mesra oleh adik Zaid, Mira yang menyediakan makanan yang sedap dan meriah. Mira juga kenalan lama Ali sejak kecil. Walaupun Mira tahu hubungan abangnya dan Ali agak tegang, Mira tetap melayan Ali dengan baik kerana sikap empatinya terhadap jalan hidup Ali yang sejak kecil lagi hidup dalam keperitan miskin dan konflik keluarga. Ali cukup gembira menjamah makanan tersebut dan pada masa yang sama Ali cuba mencari jalan untuk membunuh Zaid tetapi masih belum berjaya. Seminggu kemudian Ali datang lagi ke rumah Zaid, yang lebih mengejutkan Mira telah menyediakan sebiji kek untuk Ali bersempena hari jadinya pada hari tersebut. Ali cukup terharu dan terdetik dalm hatinya perasaan tenang dan dihargai. Peluang untuk membunuh Zaid pada hari tersebut dilepaskan buat selamanya-selamanya.
Hanya hati yang tulus ikhlas dapat menyentuh hati insan lain. Maka macamana pun ekspresi perasaan kita terhadap orang di sekeliling kita, nilai kemanusiaan dan kehormatan perlu dipatri bersama agar persaudaraan tidak tergugat. Setiap manusia dimuka bumi ini Allah ciptakan mempunyai medan tersendiri untuk di beri dan mendapat kehormatan sebagai makhluk yang berakal dan berperasaan. Allah cukup pemurah memberi peluang untuk hambanya bertaubat jadi kita sebagai manusia yang setaraf semestinya perlu memberi ruang untuk insan di sekeliling kita berubah.
Friday, 21 March 2014
Senyuman... Unique facts about smile
Smile is a universal facial
expression of happiness. Some smile include contraction of the muscle the end
of eye and some smile with dimple which genetically inherited and are dominant
trait .We as human are very unique as we born with smile as our natural
ability. Scientist believe that all babies are born with the ability as newborns can smile in their deep sleep and
even blind babies smile.
The research, carried out by Orbit Complete®
for its Healthy Smile campaign. It is a tested photographic case studies of
women on over 1,000 people across the UK. Each woman was photographed twice,
once wearing usual make-up and not smiling and once without make-up and
smiling, and interestingly, both men (66%) and women (73%) believe a smile
makes you more attractive than make-up. Apart of that, in the study also they
survey the words that associate to describe woman with smile. As a positive
expectation 2 words that highly voted in which is approachable and fun. So by wearing a smile also makes us to look
approachable and fun. It is an advantage to get a new friends, to socialize
with new colleagues and even make a business deal . So the beauty choice of the
future is free by just wearing our own smile we have to believe that we are naturally attractive and
approachable.
2nd
fact is smiling is the most effective investment you can make in your career.
Smiles make a
person seem more attractive, sociable, and confident and people who are smile
are more, more likely to get promotion.
The interesting insight about smiling was mention in 2011 Business
Insider article with the title “ If You Look Like This, Your Pay Check Will Be
Higher Than Average”. One of the
character that refer to Look Like This is smiling. The article referred to many
studies on physical appearance and the likelihood of being hired or promoted. A study by Rick Wilson from Rice University,
the finding shows that subject ranked people who were smiling as more
trustworthy than people with straight faces.
And clearly that trust is a quality that most leader need to have. So in
future career let us our smile one of weapon to success because if you are not
using your smile you are like a man with a million dollar in bank but no
checkbook.
Tuesday, 5 November 2013
HATI
Ya Allah kau adalah satu-satunya teman hatiku,
Kala ku duka hanya kau yang tahu titisan air mata yang
mengalir,
Kala ku buntu hanya kau penunjuk arahnya,
Kala ku takut kau peneman yang setia,
Kala hatiku mendambakan kasih insan ciptaan Mu ,
Kau ku jadikan dahan gantungan hatiku ini,
Walaupun seluas alam
semesta dosaku padaMu,
Tidak sesaat pun kau meninggalkan diri ini,
Malah masih madu nikmat Kau hulurkan kerna luasnya kasih MU,
Aku insan yang berselimut dosa yang sering meninggalkan Mu
dengan bongkaknya,
Kala ku alpa dengan nikmat dan istidraj dariMU,
Ya, Allah Kau Maha mengetahui ikhlasnya hati ini
mencintaimu,
Kau Maha Memahami berjihadnya hati ini menempuhi segala onak
duri duniaMu,
Kau berikanlah kekuatan dalam jasad dan jiwa yang Kau ciptaakan
ini,
Agar di hari pertemuan nanti mampu hamba Mu ini mengadapMu,
Bersama hati yang Engkau tuntuni ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
