Sunday 3 March 2013

muhasabah diri... jauhkan sifat cemburu dan dengki

Adil ke  perasaan sayang tu?
 Adakala di dunia ini kita rasa kita sayang sama rata sahaja dengan kalangan orang yang setaraf dengan kita. mungkin ibu rasa sayangnya adil untuk semua anak-anak, kakak rasa kasihnya sama untuk semua adiknya dan mungkin seorang suami rasa cinta dan sayang yang dibahagikan antara isteri-isterinya cukup adil dan saksama. Persoalan di sini, jika begitu, kenapa masih ada yang berasa hati merasakan diri tidak disayangi apabila elemen kasih sayang itu perlu di kongsi?
 Kasih sayang dari manusia tidak akan sempurna buat kita kerana manusia sendiri tidak sempurna. perasaan adalah sesuatu yang abstrak yang di anugerahkan dari Allah kepada setiap insan didunia ini untuk kita luahkan dan berikan kepada insan lain. Tapi untuk mengharapkan kasih sayang yang sepenuhnya buat diri kita sahaja adalah cukup tidak adil. kita pernah tak terfikir perasaan sayang yang tersuntik dalam hati insan lain buat diri kita itu adalah atas detikkan Allah. Allah lah yang meletakkan kasih sayangnya dalm hati insan sekeliling kita supaya kasih sayang itu dapat disalurkan antara kita. Namun manusia adalah manusia, yang menjadi lebih kompleks kerana wujudnya perasaan. Jadi sebelum mendambakan segala kasih sayang di dunia buat diri kita, soal diri sama ada kita beri seluruh kasih buat Dia yang Esa.

Rasulullah acontoh terbaik buat kita untuk merenung kembali bab keadilan dalam perasaan sayang ini. Walaupun Rasulullah seorang insan yang maksum dan di jaga oleh Allah sejak kecil lagi, beliau juga hanya tidak mampu sepenuhnya bersikap adil dalam kisah kasih sayang antara isteri-isterinya. Pemergian Khadijah isteri pertama beliau tidak mampu melunturkan sedikit pun kasih sayang suci beliau kepada isterinya yang banyak berkorban dan menemani beliau dikala saat sukar. Cinta beliau buat Khadijah adalah lebih dominan berbanding isteri-isteri yang lain. pada pandangan saya kasih sayang ini adalah adil kerana segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khadijah. Hal ini kerana adil bukan boleh bersandarkan hanya pada kesamarataan tetapi berdasarkan pengorbanan dan keserasian yang dicapai bersama.

Jadi kita sebagai insan yang serba kekurangan  seharusnya bersyukur dengan kasih sayang dikurniakan buat kita. Kita sepatutnya lebih bangga jika kita menyayangi seseorang itu lebih daripada sebagaimana insan tersebut kita menyayangi kita kerana cinta yang tulus tidak mengharapkan balasan kecuali Cinta dari ang Maha Agung. Kerana mengharapkan cintanNya yang tiada limitasi. Jadi mulai sekarang, hindarkanlah sifat cemburu dan dengki terutama sekali dalam keluarga kerana adakala seorang ibu jua tidak bersifat adil dalam memberi kasih sayangnya kepada anak-anak, tapi adalah lebih tinggi darjat anak tersebut jika dia menerima kasih sayang dari ibunya seadanya dan pada masa yang sama menyayangi orang-orang yang disanyangi ibunya.Insyallah kasih dan cinta Allah akan tiba buat insan yang bersabar dan menjauhi sifat dengki hasutan syaitan.




No comments:

Post a Comment