Saturday 31 August 2013

Seperti kiasan lagu Cinta Dogeng oleh Stacy AF,

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

tu dia..


Syukur Alhamdulillah, kita dilahirkan cukup dari segi fizikal mahupun mental. Segala yang ditakdirkan kepada diri kita bukan dalam kawalan kita namun kita adakalanya lupa yang kita tidak berkuasa  menentukan takdir yang Allah berikan. Namun ada segelintir daripada kita di muka bumi ini dikurniakan Allah serba tidak lengkap dari segi pelbagai keadaan. Ada yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau anggota, ada jua yang bermasalah dari segi pembelajaran, sosial mahupun mental. Ada juga kekurangan yang dikurniakan Allah sejak lahir ddan ada juga dugaan kekurangan atau kesakitan  yang Allah beri dipertengahan  kehidupan kita sebagai hambanya yang pasti lebih meruntunkan hati. Segalanya tidak pernah kita duga dan rancang. Namun apa yang telah ditetapkan olehnya akan tetap berlaku dan sudah sangat pasti bahawa semua kekurangan ini tidak dipinta oleh mereka ataupun salah seorang pun daripada kita tetapi cabaran ini tetap diturunkan oleh Allah untuk kita jika telah ditakdirkan. Mungkin bagi mereka yang dilahirkan sempurna dan bersama semua ahli keluarga yang juga sempurna mengaggap kekurangan atau kelainan orang lain bukan dugaan atau hal dalam hidup kita. Namun jika dilihat dengan pandangan yang halus, kekurangan dan kelainan insan yang diciptakan Allah adalah sebenarnya dugaan dan tanggungjawab kita semua yang lengkap dan sempurna ini yang diciptakan Allah. Dugaan bagi kita yang lengkap ini untuk bertanggungjawab menyelami dan memahami kesukaran mereka, mendidik dan menjaga aktiviti kehidupan, mengingatkan Allah, memberi motivasi, membawa harapan untuk hari-hari akan datang, melimpahkan kasih sayang,  dan jua supaya menjadi teladan dan peringatan buat kita untuk mensyukuri setiap nikmat dan kurnia yang Allah berikan. Kelainan atau kesakitan yang dihadapi insan-insan ini tidak menafikan perasaan mereka. Mereka jua seperti kita yang sempurna, ingin hidup bahagia, aktif dan penuh dengan impian yang akan dilaksanakan di masa hadapan. Tetapi bagi segelintir daripada mereka, harapan ini semua adalah hanya mimpi. Kebatasan tubuh badan ataupun jangkaan umur yang pendek memberi bayangan pada mereka impian yang ingin digapai sangat-sangat jauh. Senyuman yang terukir dibibir mereka adalah selimut bagi kesedihan yang dirahsiakan. Rahsia kesedihan yang mampu memberi kesedihan pada orang yang mereka sayangi. Jika mereka yang serba kekurangan mampu membawa secebis bahagia kepada insan yang mereka sayangi dan kenapa tidak kita yang serba lengkap ini mencuba membawa walaupun secangkir sinar harapan  buat mereka untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Itulah tanggungjawab kita iaitu saling melengakapi dan membantu. Yang pasti Allah menduga kita yang sempurna untuk menghayati kepayahan dan kesukaran insan lain agar kita akan sentiasa mengingati dan mensyukuri pemberiannya-Nya dan berbakti di muka bumi ini. Insyallah

No comments:

Post a Comment