Friday 7 June 2013

Kita manusia mencipta dan menginovasi pelbagai peralatan dan sistem berteknologi tinggi untuk digunakan bagi menguruskan dan mengatur aktiviti kehidupan kita seharian. Antaranya adalah jam loceng, satelit untuk ramalan kajian cuaca, kamera bagi laporan trafik, telefon bimbit, laptop dan pelbagai lagi alatan berteknologi tinggi yang digunakan seharian secara lansung mahupun tidak lansung. Namun persoalannya, adakah benar teratur kehidupan ini seperti yang dirancang? Adakah segala perancangan benar-benar dapat dilaksanakan tepat pada tempat dan masanya? Adakah tiada sebarang kejutan atau kemalangan yang tidak dirancang timbul pada hari anda?

Inilah muhasabah buat hari ini, manusia merancang, Allah juga merancang. Walaupun dengan teknologi setinngi mana pun manusia ciptakan untuk digunakan perancangan seharian, perancangan Allah tetap terlaksana. Kita manusia hidup dibawah pentadbiran Allah. Allah memerintah kita hanya hamba yang menurut. Tapi Maha pemurah Allah, kita hambanya yang setiap saat dilimpahkan nikmatnya untuk bernafas, sihat tubuh badan dan pelbagai lagi nikmat. Perancangan Allah adalah terbaik. Walaupun adakalan pada pandangan manusia ketetapan Allah itu bukan terbaik buat dirinya, tetapi segalanya ada hikmah. Adakala kamu fikir sesuatu itu baik untuk kamu, tetapi ia bukanlah baik buatmu, tetapi adakala kamu fikir sesuatu itu tidak baik buat kamu tetapi ianya adalah terbaik buat kamu. Manusia tidak akan dikatakan beriman jika dia tidak diuji. Allah akan hanya memberi ujian dan dugaan yang mampu ditanggung oleh umatnya. Jadi kita sebagai manusia pastinya meredhakan hati dengan segala ketetapan Allah. Manusia lain tidak mungkin memahami pahit getir kehidupan yang kita lalui sendiri, tetapi biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya keran dia yang akan menilai kita. Merancanglah yang terbaik untuk hari-hari yang bakal kita tempuhi, kerana setiap niat yang baik itu akan dinilai oleh Allah. Sertakan doa dan ucapan Insyallah dalam setiap perancangan kerana segala yang berlaku adalah dengan  izinnya. Ajal maut jua atas ketentuannya. Sesungguhnya telah tertulis sebuah perancangan buat kita di pentas dunia ini.

No comments:

Post a Comment