Thursday 6 June 2013



Seeing is believing.. Memang benar kata-kata ini. Tarian dan pementasan dunia dipersembahkan kapadaku sepanjang praktikal ku di hospital. Tarian yang berirama semangat kehidupan, berlatar belakangkan sayupan melodi kesayuan dan ada juga pementasan yang hanya menanti penamatnya. Walaupun hanya 2 minggu di sana, pengalaman di sana banyak sekali dan membawa aku untuk memuhasabah diri kembali. Di sana pelbagai emosi dan aura di salurkan dari insan ke insan yang lain. Di sana jugalah hati-hati insan yang tabah dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah berada. Mereka berjuang dengan diri sendiri untuk kembali mendapatkan nikmat kesihatan yang pernah diberikan Allah pada dahulunya. Walaupun ada segelintirnya yang hanya berserah tanpa ikhtiar yang seikhlas hati, tapi ada juga yang cukup kuat hatinya meletakkan hatinya untuk  keredhaan Allah dan berusaha, kerana pada mereka nyawa yang masih Allah kurniakan ada hikmahnya. Dan Allah tidak mentakdirkan sesuatu perkara dengan sia-sia. Walaupun dengan tidak kesempurnaan fizikal mahupun kesalitan yang sentiasa menjadi teman, tanggunggjawab pada Maha Pencipta sentiasa perlu diutamakan, kerana akhirnya kita akan kembali kapadaNya. Semoga kita yang masih sihat dan sempurna fizikalnya bersyukur dan memanjatkan doa sentiasa dipelihara kesihatan dan jauihi sifat kufur nikmat. Sesungguhnya nikmat kesihatan adalah nikmat sering kali kita alpa kerana kita kebanyakkan kita dikurniakan sejak lahir lagi. Tetapi segalanya milik Dia. Dia mampu memberi, Dia juga mampu menariknya kembali......Allahuakhbar..

No comments:

Post a Comment